Apakah yang anda fikirkan sekarang? Adakah berubah itu lebih bagus atau berada di takuk lama lebih menyelesakan. Fakta mengatakan bahawa jika anda mampu meningkatkan motivasi diri, anda akan  melihat segala yang berlaku di dunia ini dengan pandangan yang lebih positif.

  1. Melawan rasa takut dan rasa ragu-ragu.

Cara yang paling berkesan untuk melawan rasa takut adalah dengan cara menghadapi masalah tersebut. Cara ini adalah yang paling efektif dan cepat keberhasilannya. Contohnya jika kita takut untuk menunggang kuda , kita kena hadapi ketakutan itu dengan menunggang kuda juga . Mungkin rasa takut itu tidak akan hilang serta merta tetapi ia akan mula berkurang apabila anda selalu melakukan pekara yang anda takuti tersebut.

  1. Bergaul dengan orang yang Positif dan Bermotivasi tinggi.

Cara kedua ini juga sangat bagus untuk anda terapkan dalam kehidupan anda. Iaitu dengan  cara sentiasa dikelilingi oleh mereka yang positif dan bermotivasi. Bagaimana cara untuk sentiasa dikelilingi dengan mereka yang positif dan bermotivasi tinggi ini, yang pertama anda pastikan selalu ke masjid kerana masjid tempat berkumpulnya aura –aura yang positif. Sebab itu jika anda perasan kalau anda masuk ke masjid anda akan berasa tenang dan damai. Kedua anda kena selalu pergi ke bengkel –bengkel perniagaan disana anda akan berjumpa dengan ramai usahawan – usahawan  yang mempunyai nilai positif yang tinggi ,jadikan mereka sebagai rakan baik anda .

  1. Selalu berfikir positif

Jangan takut untuk melakukan sesuatu tindakan. Disinilah tempat atau point yang sangat kritikal kerana keputusan yang akan anda lakukan bakal merubah seluruh hidup anda . Jika minda tidak kuat anda akan selalu berada pada takuk yang sama dan tidak akan pernah maju kehadapan. Jadi untuk berubah maju kehadapan anda  wajib  membina minda  yang positif dan sentiasa termotivasi. Bagaimana cara untuk membina minda yang positif, Anda kena sentiasa membaca Al-Quran, membaca buku, mendegar audio nasihat atau tips motivasi. Dengan menambah ilmu sahaja dapat merubah minda dan hidup seseorang.

  1. Matlamat yang ingin dikecapi

Matlamat adalah satu penanda aras kepada kejayaan  yang ingin anda kecapi. Bukan sahaja penanda aras kepada kejayaan ianya juga satu sumber kekuatan atau semangat baru kepada anda saat berada dalam keadaan down.

  1. Impian atau angan-angan

Impian  adalah harapan yang tidak boleh dianggap mudah . Banyak orang yang     telah berhasil setelah bertahun-tahun menyimpan impiannya. Dengan impian yang terus digengam  akan menjadi kekuatan tersendiri sehingga bisa meningkatkan motivasi. Pastikan impian anda di sertai dengan usaha yang gigih .

  1. Lakukan setiap pekara dengan hati yang gembira

Jika inginkan kerja anda mejadi seronok sekaligus mendapatkan hasil yang baik. Anda harus menyukai kerja yang anda lakukan , anda akan mendapati kerja yang akan anda lakukan sangat mudah dan seronok walaupun kerja itu susah sebenarnya.Ini juga adalah tips untuk memotivasikan diri anda ketika melakukan kerja-kerja yang susah.

Sharing is caring!



Leave a Reply


SIGN INTO YOUR ACCOUNT CREATE NEW ACCOUNT

Your privacy is important to us and we will never rent or sell your information.

×
CREATE ACCOUNT ALREADY HAVE AN ACCOUNT?

 
×
FORGOT YOUR DETAILS?
×

Go up