Terma dan Syarat Program Affiliate


1.Affiliate

1.1 Penerimaan Terma dan Syarat

Penggunaan Affiliate ini adalah tertakluk kepada penerimaan anda terhadap terma penggunaan. Anda akan dianggap telah menerima terma penggunaan ini dengan menggunakan Affiliate ini, tanpa jika anda telah mendaftar menjadi ahli sama ada secara berbayar atau tidak. Kami mungkin mengubah terma penggunaan ini pada bila-bila masa.Setiap pindaan yang dilakukan akan disiarkan di laman web. Anda bertanggungjawab untuk memastikan bahawa anda sentiasa menyemak terma penggunaan.Jika anda tidak bersetuju dengan terma penggunaan ini anda tidak boleh menggunakan laman sistem Affiliate ini.

1.2 Perjanjian Penggunaan

Terma Penggunaan ini merupakan perjanjian antara anda bersama syarikat Future Technologies. Berkenaan dengan penggunaan perkhidmatan sistem Affiliate ini  anda harus menggunakannya dengan cara yang betul.

 

2.Keahlian

2.1 Kelayakan

Anda mesti berumur  18 tahun  dan keatas untuk mendaftar sebagai ahli Affiliate Letsnikah.com atau ingin menggunakan laman web ini. Dengan menggunakan laman ini, anda mengakui, berjanji  melaksana dan memberi jaminan bahawa anda mempunyai hak, kuasa dan keupayaan untuk mematuhi semua terma dan syarat penggunaan.

2.2 Ahli Affiliate Letsnikah.com

  1. a) Kami menyediakan keahlian Affiliate secara percuma. Anda hanya perlu mendaftar sebagai ahli Affiliate kami dan dapatkan link anda untuk membuat iklan.

2.3 Tempat meletakkan iklan

  1. a)  Anda dilarang sama sekali meletakkan iklan kami di website atau laman sesawang  yang mempunyai unsur-unsur lucah dan 18sx.
  2. b) Jika kami mendapati anda meletakkan iklan-iklan kami di tempat yang tidak sepatutnya, pihak syarikat  akan mengambil tindakan yang tegas ke atas pihak tuan dengan menamatkan kontrak pihak tuan bersama syarikat kami sebagai seorang ahli Affiliate.

2.4 Pendapatan sebanyak 10%

  1. a) Pihak syarikat akan membayar kepada tuan dan puan sebanyak 10% untuk setiap package primium yang disertai oleh pelanggan di letsnikah.com.
  2. b) Pembayaran kepada tuan dan puan dilakukan dua (2) bulan sekali.

SIGN INTO YOUR ACCOUNT CREATE NEW ACCOUNT

Your privacy is important to us and we will never rent or sell your information.

×
CREATE ACCOUNT ALREADY HAVE AN ACCOUNT?

 
×
FORGOT YOUR DETAILS?
×

Go up