Dengan nama Allah yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang,

Dan

Selawat ke atas Baginda,

Ku coretkan lembaran ini.

Nikah, perkataan ini memang tidak asing di kalangan masyarakat, bila disebut sahaja,

berbagai-bagai ekspresi yang akan dipamerkan oleh setiap individu,

Gembira, senyum kambing heheh, tak ada perasaan dan pelbagai lagi lah, semuanya sebab tanggapan yang berbeza pada perspektif masing-masing.

Ini adalah serba-sedikit tentang nikah secara santai-santai dahulu.

Nikah menurut sesetengah golongan bermaksud cinta yang berpanjangan dan tak berkesudahan, bahagia selamanya dan kemudian sweet-sweet dan lagi masuk syurga, kekal hingga ke jannah,

Yay……..

Mudah betul nikah ni,

Em……. bahagia betul.

Haish, teman….

Kalau kamu salah seorang daripada golongan yang sebegini, pohon sangat kepada kamu, agar buang perspektif yang macam ini,

Boleh?

Terima kasih geng.

Nikah?

Seseorang itu, dia bernikah dengan manusia, bukannya malaikat.

Maka apabila berbicara tentang manusia, sudah tentu manusia itu akan ada kekurangan, akan ada kelemahan, dan akan ada salah silap.

Masakan kalau diletak gula sahaja, memang pelik lah rasanya kan?

mestilah diletakkan garam sedikit, ajinomoto sedikit, lada hitam sedikit, baru lah mantap.

Cuba makan masakan yang hanya dimasukkan gula,

Pergh !!!

Mesti sedap punya (sedap laaa sangat)

Tapi cuba makan masakan yang diletak gula, garam, ajinomoto.

Wah ! mesti sedap rasanya, ada pelbagai gabungan rasa.

Fuh….

Tiba-tiba rasa lapar pula.

Mungkin selepas saya siapkan artikel ini,saya akan ke dapur untuk seketika, dan masak nasi goreng, saya nak makan nasi goreng tu bersama ayam kicap yang abang saya masakkan tadi, pergh!!!

Semakin ghairah nafsu makan ni.

 

Oh ya? Berbalik kepada topik tadi iaitu nikah, macam ini lah teman, perkahwinan akan ada onak duri, walau pun duri itu hanya duri kaktus dan bukannya duri sekuntum ros merah, tapi ia tetap duri.

Cuba kita imbas kembali sirah Nabi S.A.W,

Perkahwinan Nabi S.A.W,  juga ditimpa ujian, ingat tak lagi saat SIti Aishah difitnah?

Waktu itu, apa yang baginda Nabi S.A.W lakukan? Adakah baginda memukul Aishah dengan begitu rakus?

Adakah baginda Nabi mengherdik Aishah dengan lantang sehingga mengalahkan orang yang menggunakan mikrofon?

Adakah Baginda Nabi mengusir dan menceraikan Aishah seperti apa yang diajarkan di dalam filem-filem melayu?

Demi Allah tidak!

Baginda Nabi mengambil langkah bertenang dan memikirkan ujian ini dengan sebaik mungkin, dan akhirnya jelas bahawa fitnah terhadap Aishah itu tidak benar.

Yang saya ingin katakan, cuma satu wahai teman,

Bernikahlah, kerana ia Sunnah.

Akan tetapi siapkan mental kamu untuk menerima bahawa perkahwinan akan ada cabar dan debar,

Akan ada mehnah dan tohmah,

Akan ada pelbagai ujian, cuba belajar dari sekarang untuk berusaha menjadi pasangan yang terbaik dan juga belajar untuk melakukan yang terbaik,

Saya percaya Allah akan permudahkannya, perlu terima bahawa dalam kehidupan berumahtangga ini, takkan selalunya indah, maka kamu lah yang sepatutnya berusaha untuk menjadikan ia indah.

Dalam rumahtangga, bertolak ansur dan saling memahami adalah yang paling penting.

Ingat teman, tolak ansur dan saling memahami.

Tolak ansur dan saling memahami.

Moga rumah tangga kalian akan berkekalan hingga ke jannah.

Soulmate to jannah

Insya Allah.

 

Sharing is caring!



Leave a Reply


SIGN INTO YOUR ACCOUNT CREATE NEW ACCOUNT

Your privacy is important to us and we will never rent or sell your information.

×
CREATE ACCOUNT ALREADY HAVE AN ACCOUNT?

 
×
FORGOT YOUR DETAILS?
×

Go up