Ramai orang berkawan, tapi tak ramai orang yang memahami erti ukhwah dan persahabatan yang sebenar.

Ramai orang lebih rela berkawan dengan orang yang buat dosa bersama-sama dengannya, berbanding berkawan dengan orang yang menegurnya ketika dia buat dosa.

Sedangkan, bukti cinta dan ukhwah dalam persahabatan ialah saling tegur menegur, bimbing membimbing dan support kebaikan antara satu sama lain. Bukan biarkan kawannya terumbang-ambing dengan dosa, apatah lagi buat dosa bersama-sama.

Tapi…

Zaman sekarang, bukan senang nak cari sahabat yang macam tu. Ikhlas, jujur, dan betul-betul mencintai kita kerana Allah.

Cuma, bagi saya, dari kita merungut, lebih baik kita sendiri yang MENJADI sahabat yang baik pada kawan-kawan kita. Dari kita sibuk MENCARI kawan yang baik, mulakan dengan MENJADI kawan yang baik!

Apakah erti ukhwah?

Hayati bait-bait lirik lagu THE FAITH bertajuk PERSAHABATANKU ini. Lirik ini kami buat khas untuk memberi makna sebenar ukhwah yang telah ramai salah faham.

Jom hayati, dan sebarkan lagu ni pada kawan-kawan yang banyak membimbing korang mengenal Allah?

 

 

Tulisan dipetik daripada :Tim Tarbiah Sentap

Sila layari website Tarbiah Sentap di : http://www.tarbiahsentap.com

Serta dapatkan buku-buku keluaran terbaru mereka dan support “Jelajah Sentapan Rohani”  dengan menghubungi : 0182386400

Sharing is caring!



Leave a Reply


SIGN INTO YOUR ACCOUNT CREATE NEW ACCOUNT

Your privacy is important to us and we will never rent or sell your information.

×
CREATE ACCOUNT ALREADY HAVE AN ACCOUNT?

 
×
FORGOT YOUR DETAILS?
×

Go up