Abdullah ibn mas’ud r.a meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: “Sesungguhnya wanita itu adalah aurat. Apabila dia keluar dari rumahnya,syaitan akan menjadikan dia ‘cantik’ pada pandangan mata lelaki. Dan dia akan jauh daripada kasih sayang Allah, melainkan apabila dia berada di dalam rumahnya.

Allah memerintahkan agar kaum wanita menutup aurat dengan sempurna dan Allah juga memerintahkan agar kaum lelaki memelihara pandangan.

Menutup aurat haruslah dengan niat yang ikhlas kerana Allah,bukan kerana selain Allah kerana jika niat menutup aurat selain dari Allah maka itu dapat menjerumuskan wanita itu ke arah maksiat.

Ramai dikalangan wanita zaman kini,yang bertudung tetapi tidak menutup aurat.Ini kerana walaupun bertudung masih lagi memakai baju sendat dan seluar yang ketat. Leher dan dada dibiar terdedah .

Wahai wanita dirimu amat berharga.Tutuplah auratmu dari pandangan syaitan-syaitan yang bertopengkan manusia.

Ingatlah menutup aurat itu wajib. Ia bukan pilihan kita,tetapi pilihan Allah. Apa yang Allah tetapkan pasti yang terbaik untuk kita.

 Aurat bagi wanita adalah seperti berikut:

  1. Menutup seluruh badan kecuali muka dan tapak tangan
  2. Kain atau seluar perlu labuh melepasi buku lali
  3. Memakai stoking (menutup kaki)
  4. Melabuhkan tudung hingga melepasi paras dada
  5. Tidak bertabarruj
  6. Bersolek dengan sederhana
  7. Tidak memakai haruman yang melampau
  8. Tidak memakai gelang kaki dan tumit tinggi yang boleh menarik perhatian

 

Aurat bagi lelaki:

 1.Menutup seluruh aurat dari pusat hingga lutut

 2.Tidak memakai rantai atau gelang atau apa-apa yang menyerupai wanita

 

Aurat lelaki dan wanita

 1.Tidak ketat

 2.Tidak menyerupai pakaian berlainan gender

 3.Tidak berpakaian seperti golongan musyrik atau kafir

 4.Tidak berpakaian untuk membangga-banggakan

 5.Tidak berpakaian yang menampakkan bayang tubuh atau warna kulit

 

 

 

 

 

 

Sharing is caring!



Leave a Reply


SIGN INTO YOUR ACCOUNT CREATE NEW ACCOUNT

Your privacy is important to us and we will never rent or sell your information.

×
CREATE ACCOUNT ALREADY HAVE AN ACCOUNT?

 
×
FORGOT YOUR DETAILS?
×

Go up