Jika ditanya kepada mana-mana lelaki, apakah salah satu ciri yang harus ada pada isteri, pastilah dijawab,

“Kena pandai memasakkkk!”

Memasak memerlukan kesabaran. Untuk memiliki air tangan yang  superb memakan masa dan memerlukan kesungguhan. Selain memerlukan resepi yang bagus. Di sini saya lampirkan pautan link dan antara resepi yang dikelaskan WAJIB CUBA. Menu yang disenaraikan adalah resepi yang telah dicuba dan terbukti sedap hingga menjilat jari.

1- http://spicesjourney.blogspot.my/2012/10/petua-turun-temurun-kari-ikan-yang-sedap.html

Kalau nak makan kari ikan yang power jangan teragak-agak cuba kari ikan Kak Sheila. Yang menjadikan kari ikan ini meletop adalah beras tumbuk yang digunakan. Sesuai dengan semua jenis ikan. Paling nikmat bila gunakan ikan pari, ikan merah, ikan baung, ikan patin. Percayalah anda akan berulang-ulang kali memasak juadah ini.

2-http://www.tiffinbiru.com/2013/06/lontong-johor-untuk-hujung-minggu.html

Saya bukanlah peminat lontong. Rasa serba tak kena bila makan lontong. Mungkin tekak tak boleh terima masakan Johor ini. Namun Dapur Tanpa Sempadan mengutarakan resepi lontong Johor yang membuatkan saya makan bertambah. Mungkin kerana anggaran bahan-bahan yang diguna  menepati selera.

3-http://www.tiffinbiru.com/2017/03/resipi-sambal-tempoyak-daun-kayu.html

Masih lagi resepi dari Dapur Tanpa Sempadan. Resepi ringkas. Rasanya akan-akan masak lemak cili api yang diadun dengan tempoyak. Bagi yang gemarkan petai dan ulam daun kayu, resepi ini sedap di makan dengan nasi panas. Tidak terlalu berkuah dan anggaran bahan yang tertulis memudahkan sesiapa yang kurang arif.

4-http://dapur-mamasya.blogspot.my/2012/01/kelas-masak-nasi-hadramaut-step-by-step.html

Jika teringinkan nasi Arab yang sesedap air tangan orang Arab. Singgahlah ke Dapur Mamasya. Ada langkah demi langkah ditunjukkan. Saya berani jamin resepi ini akan membuat pasangan anda tersenyum. Bagi yang baru belajar jangan segan-segan, nampak susah, tetapi sangat mudah. Yang penting baca dan lakukan dengan tenang.

5-http://dapur-mamasya.blogspot.my/2012/10/daging-masak-hitam-yang-sedap.html

Bagi yang sukakan nasi minyak, tomato, dal, jagung dan nasi-nasi berperisa lainnya, jangan lupakan daging masak hitam dapur mamasya. Pendek kata, terbaik.

Selamat memasak dan selamat menikmati detik ceria di meja makan.

Sharing is caring!



Leave a Reply


SIGN INTO YOUR ACCOUNT CREATE NEW ACCOUNT

Your privacy is important to us and we will never rent or sell your information.

×
CREATE ACCOUNT ALREADY HAVE AN ACCOUNT?

 
×
FORGOT YOUR DETAILS?
×

Go up