Masalah perut  buncit adalah perkara paling digeruni oleh lelaki dan wanita. Salah satu faktor bagi mereka yang mengalaminya adalah disebabkan lemak yang berlebihan disekitar perut serta minum air bergula secara berlebihan juga boleh menjadikan perut buncit. Kebiasaannya lelaki lebih cepat mengalami masalah perut buncit kerana lelaki makan tidak mengikut masa, mereka makan bila mereka lapar dan apabila lapar mereka makan dalam kuantiti yang banyak.

Apapun, ini adalah koleksi petua  mengempiskan perut yang saya kumpulkan dari banyak sumber yang sesuai untuk lelaki dan wanita..

 

  1. (ASAM JAWA)

Bancuh asam jawa bersama dengan air panas,dan biarkan hingga semalaman.Esok pagi  minum air tersebut.Simpan air bancuhan asam jawa ke dalam peti dan minum selepas makan tengahari atau selepas makan malam.Amalkan setiap hari,Inshaallah tubuh anda akan semakin langsing.

 

  1. (LIMAU NIPIS DAN AIR)

Perahkan dua biji limau nipis atau limau kasturi ke dalam air sejuk,dan amalkan minum selepas makan tengahari atau selepas makan malam.Inshaallah berat badan anda semakin menurun

 

  1. (LIMAU NIPIS DAN KAPUR SIRIH)Campurkan perahan air limau nipis bersama kapur sirih dan gaulkan hingga sebati kemudian sapukan campuran tadi pada perut dan balut dengan sehelai bengkung.Lakukan pada setiap hari.

 

  1. (KURANGKAN PENGAMBILAN GULA)

Salah satu cara kempiskan perut dengan semulajadi adalah dengan mengurangkan pengambilan gula  ia bertujuan untuk mengekalkan tahap insulin pada tahap yang rendah pada setiap masa untuk meningkatkan  penghasilan glucagon,iaitu sejenis hormon yang dapat mengempiskan perut.

 

5.( MINUM TEH HALIA )

Teh halia bukan sahaja berfungsi untuk membuang angin malah ia juga berkesan untuk megempiskan perut

Dengan mengamalkan minum teh halia ia dapat meningkatkan suhu badan dan seterusnya bertindak membakar lemak dengan lebih efisen terutamanya dibahagian perut.

Cara  ini boleh dibuat dirumah dan ia dapat menjimatkan kos.

 

Sharing is caring!



Leave a Reply


SIGN INTO YOUR ACCOUNT CREATE NEW ACCOUNT

Your privacy is important to us and we will never rent or sell your information.

×
CREATE ACCOUNT ALREADY HAVE AN ACCOUNT?

 
×
FORGOT YOUR DETAILS?
×

Go up