Cinta… Cinta…Cinta. Emmm…Walau sampai ke jannah cinta akan tetap wujud.

Ada yang kata cinta itu bagai makhluk halus. Tak berbentuk, berbau atau tersentuh (kecualilah mereka menunjukkan wujud) Namun tetap menghantui.

Ada pula yang berbisik, cinta sebenarnya adalah sumpahan. Mahu atau tidak, suka atau benci, ia akan tetap singgah dalam hati setiap makhluk. Termasuklah anda dan saya.

Tak kurang pula, yang mendakwa  cinta adalah hadiah terindah daripada Maha Pencipta untuk hamba-hambanya.

Walau seribu interprestasi berkaitan cinta, namun yang pasti dari cinta lahirlah kebahagiaan, lahirlah erti kesetiaan dan keiklasan. Tetapi perlulah diingat cinta itu juga kekadang tak terkendali. Ia datang tanpa diundang dan pergi tanpa dihalau. Pendek kata dalam melayari percintaan akan sampai detiknya cinta melayu. Atau lebih parah lagi, cinta mati.

Cinta boleh diibaratkan seperti sebuah taman. Taman yang cantik dengan bunga-bunga mekar indah. Baunya menusuk masuk ke kerongga hidung. Tetapi, harus diingat taman yang cantik itu juga akan diserang serangga perosak, cuaca buruk, rumput-rumpai dan lain-lain. Bermakna kita perlu bekerja keras untuk menjaga cinta. Tak kiralah cinta kita kepada Allah, suami,isteri,anak-anak, ibu bapa, sahabat, rakan-rakan atau sesiapa sahaja.

Ungkapan yang sering kita dengar apabila berlaku perpisahan adalah.

“Tak ada jodoh,”

“Rasa cinta aku dekat dia dah mati. Jumpa dia macam jumpa orang asing. Seolah-olah aku tak pernah kenal dia.”

Kenapa ini terjadi?

Malah ada yang berkata. “Makin aku kenal dia, makin aku tak kenali dia.”

Sebenarnya dalam percintaan masing-masing ingin mempamirkan sisi terbaik mereka. Kalau boleh tak mahu terkuak walau sekelumit keburukan. Itu adalah lumrah, ditambah pula rasa cinta yang membuak-buak, hinggakan segala keburukan dilihat manis. Tertawa seketika bila teringat ungkapan orang lama-lama.

“Kalau bercinta, bau kentut pun wangi.”

Tahu tak macam mana nak pertahanan cinta?

Saya teruja untuk kongsikan sedikit petua dari seorang pakcik. Saya bertemunya beberapa bulan lepas. Wow! Saya sangat tertarik dengan nasihat beliau mengenai petua perkahwinan mereka yang bertahan hampir 65 tahun.

“Pak cik tak pernah bergaduh ke?’

“Hari-hari bergaduh..” selamba dijawab.

“Habis yang bertahan selama ni, apasal? Orang yang bercinta bagai nak rak pun boleh bercerai dalam seminggu.” Cucuk saya.

“Walau pak cik selalu bergaduh, tapi tak pernah pak cik keluar rumah sorang diri. Mesti mak cik ikut sama. Pak cik lebih rela duduk rumah daripada keluar sorang.”

“Macam tu rupanya..”

“Pak cik bukan jenis suka berjalan. Mak cik suka berjalan, sebab tu dalam seminggu, paling kurang dua kali pak cik bawa dia jalan-jalan. Dulu miskin, jadi selalunya jalan-jalan dekat taman aje.”

“Sanggup pakcik buat semua tu?” aju saya.

“Kena faham nak oiii. Cinta tu bukan untuk menerima sahaja. Tetapi untuk dipertahankan. Itulah yang ramai tak faham.”

“Maksudnya…Saya tak faham.”

“Selepas berahwin, satu persatu keburukan pasangan tersingkap. Kalau kita jenis berlapang dada, oklah. Tapi kalau kita jenis sempit jiwa, peranglah jawabnya. Masa nilah, segala tanggapan indah kita padanya hancur satu persatu. Sebabnya, masa bercinta pijak semut pun tak mati.

Ketika inilah sediki demi sedikit cinta menjadi tawar. Akhirnya kita rasa macam dah tak kenal pasangan sendiri. Semua pasangan akan lalui fasa ini. Fasa untuk mengenali pasangan sendiri dengan ikhlas dan menerima mereka seadanya. Ketika inilah kita harus menjadi hero. Hero yang berjuang untuk menyelamatkan dan menghidupkan kembali cinta.”

“Tapi kalau dah siang malam bergaduh, memang dah tak serasilah jawabnya?” aju saya lagi.

“Bergaduh itu perlu, agar kita tahu yang kita sedang belajar menyesuaikan emosi dan budaya pasangan kita. Dan bergaduh itu lebih bagus dari memendam perasaan. Yang salahnya ialah mengalah dalam berjuang mempertahankan cinta. Tu sebablah bercerai akhirnya.”

“Eh! Pak cik kata budaya? Kahwin Melayu sama Melayu aje pakcik. Bukan kahwin dengan minah salleh,” usik saya.

“Kena faham, tahap persekitaran dan budaya keluarga kita dengan pasangan adalah berbeza. Itu belum lagi kalau kita berkahwin dengan warga asing. Kadang-kadang ada yang bergaduh sebab hal kecil aje. Contohnya sebelah keluarga suami masak asam pedas tak bubuh bendi. Sebelah keluarga isteri pula bubuh bendi. Akhirnya melarat hanya kerana hal kecil.”

“Jadi kesimpulannya apa pak cik? Tanya saya lagi.”

“Kesimpulannya ialah.

  • Betulkan fahaman. Cinta bukanlah hanya untuk memberi dan menerima. Sebaliknya adalah satu perjuangan.
  • Perlu kreatif mewujudkan kehangatan cinta. Paling senang, puji dan hargai pasangan. (Perlu istiqamah)
  • Cinta boleh datang dan pergi tanpa kita duga. Jadi wajibkan diri sendiri berdoa, agar si pemilik hati (ALLAH s.w.t) sentiasa jagakan hati kita dan pasangan.
  • Jagalah solat, Insay Allah kita akan dijagaNya.
  • Paling penting, bila isteri berleter sila diam.(Walau yang dileter tak masuk akal) Biar mereka luah segala yang terbuku.
  • Jangan suka sindir dan melawan suami tak tentu pasal(Lelaki ni tetap ego walau pendiam)
  • Berpenampilan kemas.
  • Wajib tahu kegemaran, kebencian dan ragam pasangan. Dan bertindak secara bijak berdasar sikap pasangan anda.

Sedar tak sedah jam sudah menunjukkan angka 11 malam. Saya mengundur diri. Ini adalah pesanan yang mampu kita amalkan.

 

 

 

 

Sharing is caring!



Leave a Reply


SIGN INTO YOUR ACCOUNT CREATE NEW ACCOUNT

Your privacy is important to us and we will never rent or sell your information.

×
CREATE ACCOUNT ALREADY HAVE AN ACCOUNT?

 
×
FORGOT YOUR DETAILS?
×

Go up