Doa adalah amalan yang menghubungkan seseorang hamba kepada penciptanya iaitu ALLAH SWT.Dengan berdoa segala kesulitan di dunia dan akhirat dapat dileraikan.

“DAN APABILA HAMBA-KU BERTANYA KEPADAMU MENGENAI-KU,SESUNGGUHNYA AKU TERLALU HAMPIR,AKU PERKENANKAN DOA ORANG YANG MEMINTA APABILA IA BERDOA KEPADA-KU.”

(surah al-Baqarah:186)

 

ADAB BERDOA

  1. Dalam keadaan bersih (sebaik-baiknya berwuduk,pakaian dan tempat yang bersih serta menutup aurat)
  2. Menghadap kiblat dan merendah diri kepada ALLAH SWT serta dalam keadaan khusyuk
  3. Merendahkan suara
  4. Tidak mengunakan lafaz doa yang bersajak
  5. Yakin bahawa ALLAH SWT akan perkenankan doa kita
  6. Mengulang-gulang doa yang penting
  7. Memulakan dan mengakhiri doa dengan memuji ALLAH SWT dan berselawat ke atas Nabi Muhammad SAW
  8. Beristighfar sebelum berdoa
  9. Memahami maksud doa yang di lafaz
  10. Berdoa hanya benda-benda yang baik.
  11. Memulai memohon ampun untuk diri sendiri dan kemudian untuk semua saudara mara beriman
  12. Berdoa dengan penuh pengharapan dan bersungguh-sungguh
  13. Angkat kedua-dua tangan hingga ke paras bahu
  14. Berdoa dengan suara yang perlahan.
  15. Jangan memohon doa dimakbulkan segera

 

WAKTU MUSTAJAB BERDOA

  1. Waktu pagi sebelum terbit matahari
  2. Sesudah solat subuh
  3. Selepas solat fardu lima waktu
  4. Antara solat zohor,asar,dan maghrib
  5. Antara azan dan iqamah atau selepasnya
  6. Waktu bangun tidur
  7. Selepas membaca tasyahud akhir (sebelum salam)
  8. Ketika hendak masuk masjid atau hendak keluar masjid
  9. Antara takbir solat hari raya
  10. Dalam khutbah jumaat,khutbah hari raya dan khutbah nikah
  11. Ketika di Masjid Nabawi ( menziarahi makam Rasulullah SAW)
  12. Ketika membaca doa qunut
  13. Ketika ditimpa kesusahan atau kesulitan
  14. Ketika hujan
  15. Sepanjang malam ( sepertiga yang akhir,ketika sahur)
  16. Waktu berjumpa saudara mara atau sahabat handai yang lama tidak berjumpa
  17. Ketika hendak mulakan solat dan sesudah mengerjakan solat
  18. Ketika khatam Al-Quran 30 Juzuk
  19. Ketika sujud dalam solat terutamanya sujud yang terakhir
  20. Ketika melakukan urusan penting
  21. Ketika mengadakan majlis atau upacara yang tidak berbentuk kemaksiatan dan kemungkaran

 

Sharing is caring!



Leave a Reply


SIGN INTO YOUR ACCOUNT CREATE NEW ACCOUNT

Your privacy is important to us and we will never rent or sell your information.

×
CREATE ACCOUNT ALREADY HAVE AN ACCOUNT?

 
×
FORGOT YOUR DETAILS?
×

Go up