Pakai serban, pakai jubah, pakai celak, sangkut kayu sugi kat telinga, pegang tasbih lepas tu berjalan sambil menjeling-jeling muslimah-muslimah bertudung labuh bak bidadari bermata jeli.

Kemudian tegur dengan penuh sopan santun berbudi bahasa berakhlak mulia.

“Assalammualaikum warah matullahi wabarakatuh ukhti yang mulia, sesungguhnya ana nampak cahaya keimanan terpancar di wajah ukhti sehinggakan ana rasa silau bila nak berjalan. Terpaksalah menundukkan pandangan seperti saranan Rasulullah saw yang mulia untuk menundukkan pandangan ketika berselisih dengan bidadari syurga seperti ukhti. Ukhti, apakah ini cinta? Melihat raut wajah ukhti membuatkan ana termimpi-mimpi soleh dan solehahnya anak-anak kita nanti. Bisakah ukhti menjadi tulang rusuk ana yang hilang selama ini?”

Ok muntah.

Kalau korang jumpa spesis lelaki macam ni, cuba test bacaan Quran diorang. Nak tengok juga ada iras-iras Sheikh Mishary al-Afasy ke idok?

Sis, berhati-hatilah terhadap serbanis yang menipu!

Syaitan ni bijak, mereka yang ikut tarbiah, di goda dengan muslimah. Itu yang sampai bergetar tulang rusuklah, jadi ibu kat anak-anaklah, dan sebagainya.

Hakikatnya, pandangan nafsu dalam jiwa dia sangat dasyat sampai kain tudung labuh yang tutup dada pun dia boleh tembus tengok apa kat dalam. Apatah lagi lidah berbisa yang menggunakan dalil agama untuk memuaskan nafsu memikat muslimah.

Ngeri bukan?

Berhati-hatilah!


Tulisan dipetik daripada :Tim Tarbiah Sentap

Sila layari website Tarbiah Sentap di : http://www.tarbiahsentap.com

Serta dapatkan buku-buku keluaran terbaru mereka dan support “Jelajah Sentapan Rohani”  dengan menghubungi : 0182386400

 

Sharing is caring!



Leave a Reply


SIGN INTO YOUR ACCOUNT CREATE NEW ACCOUNT

Your privacy is important to us and we will never rent or sell your information.

×
CREATE ACCOUNT ALREADY HAVE AN ACCOUNT?

 
×
FORGOT YOUR DETAILS?
×

Go up