Islam melarang umatnya berbelanja besar atau sangat mewah untuk sesebuah majlis perkahwinan. Sebenarnya semakin kecil atau sedikit perbelanjaan dikeluarkan, maka semakin banyak keberkatan yang diperolehi.

Kita seharusnya berjimat cermat, kerana apa yang penting adalah keberkatan sesebuah majlis itu.

Kadang-kadang ibu bapa memikirkan atau merasakan bahawa anak mereka berhak dan layak mendapat hantaran yang tinggi. Sebenarnya berlebih-lebihan dalam mengadakan majlis perkahwinan adalah dilarang dalam islam. Ini kerana bimbang akan membebankan pasangan yang baru berkahwin. Sudah tentu sebagai pasangan yang baru mendirikan rumah tangga, banyak perbelanjaan yang harus dikeluarkan nanti.

 

ALLAH SWT berfirman:

“Dan janganlah kamu melampau-lampau (pada apa-apa jua yang kamu makan atau belanjakan); sesungguhnya ALLAH tidak suka kepada orang yang melampau-lampau.”

 

Diantara tips untuk menjimatkan perbelanjaan majlis perkahwinan:

 

1.kad kahwin murah

Rajin-rajin cari di internet kad-kad kahwin yang dijual dengan harga yang murah atau kalau nak lebih jimat boleh gunakan facebook atau wattsapp untuk menghantar undangan perkahwinan. Ataupun fotostat sendiri kad kahwin.

 

2.Pelamin

Kalau nak jimat pelamin buat sendiri atau tidak dibuat langsung.

3.Doorgift

Cari yang harga berpatutan dan dapat dimanfaatkan oleh tetamu. Contohnya surah yassin,Al-mathurat.

 

4.Gubahan dan hantaran

Gubahan dan hantaran buat sendiri. Zaman sekarang jika tiada kemahiran atau kepandaian dalam gubahan boleh belajar melalui internet (youtube)

 

5.Jamuan makan

Jamuan makan tidak perlu tempah catering,lebih jimat jika disediakan secara gotong royong.

Akhir kata bersederhanalah dalam apa-apa pun. Pentingkan apa yang lebih penting.

 

 

Sharing is caring!



Leave a Reply


SIGN INTO YOUR ACCOUNT CREATE NEW ACCOUNT

Your privacy is important to us and we will never rent or sell your information.

×
CREATE ACCOUNT ALREADY HAVE AN ACCOUNT?

 
×
FORGOT YOUR DETAILS?
×

Go up