Tipu daya iblis & syaitan itu sangat licik. Macam-macam cara dia goda kita untuk buat maksiat.

Hatta, kita pernah juga di cucuk iblis. Dia goda kita:

“Cuba la buat maksiat tu. Sekali je. Nanti taubatla. Allah kan maha pengampun. Kau kena rasa maksiat tu. Baru kau akan faham. Nanti dah try, taubat je”.

Tapi..

Bila dah terjebak dengan satu maksiat, bukan mudah untuk nak tinggalkan.

Buat sekali, kita akan mula nak buat yang kedua. Kemudian, ketiga, keempat dan seterusnya.

Sehingga, KETAGIHAN mula menguasai diri, kita akan terngiang-ngiang dosa tu. Bila kita nak taubat, dosa itu mula MENGHANTUI DIRI dan mencucuk-cucuk iman kita supaya kembali melakukan dosa itu semula.

Kawan..

Kerana itu, saya pesan, jangan cuba buat maksiat. Kalau dah terjebak, jangan putus-asa bertaubat.

Tak perlu pun nak buat maksiat untuk FAHAM perasaan orang yang buat maksiat. Konon-konon nak dalami perasaan orang yang bermaksiat. Itu bukan caranya.

Nabi tak buat maksiat, tapi nabi amat faham perasaan orang yang buat maksiat.

Moga Allah pelihara diri saya dan semua umat dari dosa dan maksiat, serta di beri kekuatan untuk bertaubat.

Jom kita sama-sama hayati nasihat daripada Prof. Madya Dato’ Dr. Mohd Asri Zainul Abidin (Dr MAZA) tentang besarnya Rahmat dan keampunan Allah S.W.T kepada kita semua 🙂 Jom sama-sama kita bertaubat!

 

Tulisan dipetik daripada :Tim Tarbiah Sentap

Sila layari website Tarbiah Sentap di : http://www.tarbiahsentap.com

Serta dapatkan buku-buku keluaran terbaru mereka dan support “Jelajah Sentapan Rohani”  dengan menghubungi : 0182386400

Gambar daripada : Wanita Ikram Malaysia

Sharing is caring!



Leave a Reply


SIGN INTO YOUR ACCOUNT CREATE NEW ACCOUNT

Your privacy is important to us and we will never rent or sell your information.

×
CREATE ACCOUNT ALREADY HAVE AN ACCOUNT?

 
×
FORGOT YOUR DETAILS?
×

Go up