Assalamualaikum… Salam sayang, salam pertemuan.

Beberapa bulan lepas, saya berkesempatan berkunjung ke sebuah pameran- (agak sibuk akhir-akhir ini)

Dalam keghairahan dan kemeriahan pameran ramai yang berpusu-pusu membelek,menilik dan bertanya tentang produk yang mereka berkenan. Tup.. tup… terjumpa teman lama. Makin cantik dan osem. Dia datang bersama ibu tersayang.Masih bergaya dan anggun. Malah ramah hingga tak terlayan. Pertemuan yang sangat bermakna.

Dalam sembang-sembang si ibu luahkan rasa hati. Anak beliau tak mahu kahwin-kahwin. Siapa di luar sana yang tak berminat hendak kahwin? Tolong fikir-fikirkan semula. Anda sedang menolak salah satu hadiah terindah daripada Allah s.w.t

Berbalik kepada luahan hati seorang ibu. Wajah berkerut dengan bibir melengkung jatuh beliau berjaya memerangkap rasa empati saya. Setiap luahan hati beliau saya dengar dengan teliti. Si ibu menyalahkan diri sendiri kerana keenganan puterinya untuk berkahwin. Mahligai  yang pernah di bina tidak berbunga mekar, layu di tengah jalan. Ketika itu anak-anak beliau masih kecil dan mentah. Mungkin, melihat ibu sendiri bekerja seperti hamba abdi di rumah-rumah orang membuat perasaan anak memberontak. Akhirnya menyimpulkan semua lelaki adalah makhluk paling jahat pernah dicipta Tuhan.

Belia terus mengomel dalam keriuhan pengunjung-pengunjung. Sesekali saya renung wajah teman di sebelah. Dia masih senyum walau wajah dah macam udang kena panggang. Tak pasti sama ada terbakar oleh panas mentari, atau panas mendengar luahan ibu sendiri. Yang pasti dia masih mampu tersenyum selamba.

Paling dikesal, apabila anak beliau yang berkelulusan master lebih berminat mengejar kerjaya, seolah-olah kerjaya adalah suami tercinta. Alih-alih dia mahu saya carikan pasangan untuk anak beliau. Saya Cuma kata ‘insya Allah’

Teman-teman Letsnikah yang dikasihi. Salam ukwah. Senario di atas adalah perkara-perkara yang lazim berlaku hari ini. Perlu di ingat, Allah s.w.t adalah Maha Pengasih dan Maha Penyayang. Tidak diciptakan mana-mana jantina yang baiknya mengatasi jantina yang lainnya. Kedua-dua adalah sebaik-baik kejadian dan penciptaan. Cuma fitrah mereka yang berbeza. Kenali mereka dan anda akan mula kenal keindahan-keindahan yang hadir bersama mereka.

Salam taaruf, moga Ramadhan lebih bermakna. Dah ada, ke pasangan untuk berbuka? Kalau belum jom cari di letsnikah. Mana tahu syawal nanti dah ke jinjang pelamin, Insya Allah.Aamiin. https://letsnikah.com/

Sharing is caring!



Leave a Reply


SIGN INTO YOUR ACCOUNT CREATE NEW ACCOUNT

Your privacy is important to us and we will never rent or sell your information.

×
CREATE ACCOUNT ALREADY HAVE AN ACCOUNT?

 
×
FORGOT YOUR DETAILS?
×

Go up