Islam amat menganjurkan memberi nama-nama yang baik kerana pemilihan nama yang baik mempengaruhi sifat peribadi serta akhlak seseorang muslim.

Nabi Muhammad SAW melarang umatnya memberi nama-nama yang membawa maksud atau makna yang tidak baik,ini kerana untuk menjaga kehormatan serta mengelakkan dari cemuhan masyarakat.

Islam juga telah mengariskan panduan untuk kategori nama-nama anak yang baik:

  1. Nama-Nama Nabi
  2. Nama-Nama yang diambil daripada asma “ul Husna
  3. Nama-Nama Para Sahabat

Nama-Nama Yang Dilarang

  1. Nama-Nama yang menjadi Cemuhan Masyarakat
  2. Nama-Nama yang menjatuhkan maruah anak
  3. Nama yang khusus untuk ALLAH SWT ( ‘Ahad’ yang bermaksud Satu)
  4. Nama-Nama yang tidak membawa faedah
  5. Nama-Nama dengan sebutan Abd (Hamba) contohnya Abdul Uzza bermaksud hamba berhala,Abdul Kaabah bermaksud hamba kaabah dan Abdul Fulus bermaksud hamba wang.

Abu Daud meriwayatkan daripada Abu Darda bahawa Rasulullah SAW bersabda:

“sesungguhnya pada hari kiamat kelak,manusia akan dipanggil menghadap ALLAH SWT dengan nama masing-masing dan nama bapa masing-masing(seperti nama di dunia).oleh itu,pilihlah nama yang baik-baik untuk kamu sekalian.”

 

Sharing is caring!



Leave a Reply


SIGN INTO YOUR ACCOUNT CREATE NEW ACCOUNT

Your privacy is important to us and we will never rent or sell your information.

×
CREATE ACCOUNT ALREADY HAVE AN ACCOUNT?

 
×
FORGOT YOUR DETAILS?
×

Go up