Imam Syafie memberi wasiat lima perkara yang perlu diingati iaitu:

 

1.Perbanyakkan menyebut ALLAH daripada menyebut makhluk

2.Perbanyakkan menyebut akhirat daripada menyebut urusan dunia

3.Perbanyakkan menyebut dan mengingati hal-hal kematian daripada hal-hal kehidupan.

4.Jangan menyebut-yebut kebaikan diri dan keluarga.

5.Jangan sebut-sebut dan Nampak-nampakkan keaiban atau keburukan diri orang lain.

 

1.Perbanyakkan menyebut ALLAH daripada menyebut makhluk

Kadang-kadang kita sebagai hamba ALLAH SWT lupa untuk mengucapkan kata-kata pujian pada ALLAH SWT. Hakikatnya terlalu banyak nikmat yang ALLAH SWT berikan tetapi amat sedikit sekali kita bersyukur. Kita selalu memuji-muji makhluk yang berbuat sedikit kebaikan kepada kita. Sebaik-sebaiknya lidah kita sentiasa dibasahi dengan memuji ALLAH.

2.Perbanyakkan menyebut akhirat daripada menyebut urusan dunia

                Sebaik-baiknya manusia adalah mereka yang selalu menyebut dan mengingati tentang akhirat. Di dunia ini mereka sibuk mengumpul saham-saham untuk akhirat. Dunia hanya sementara dan yang kekal hanya akhirat nanti.

Hanya orang yang berfikiran sempit sahaja yang mengejar dunia hingga lupa mempersiapkan bekal di akhirat. Ingatlah susah dan keseksaan di dunia hanyalah sedikit berbanding kesusahan diakhirat.

3.Perbanyakkan menyebut dan mengingati hal-hal kematian daripada hal-hal kehidupan

                Ketika hidup ini kita seharusnya banyak mengingati mati, kerana dengan mengingati mati ia dapat menginsafkan diri.Perjalanan yang jauh ke akhirat sudah tentu memerlukan bekalan yang banyak. Oleh itu dunia ini tempat kita mengumpulkan bekalan untuk ke sana.

4.Jangan menyebut-yebut kebaikan diri dan keluarga.

Janganlah kita menyebut-yebut tentang kebaikan diri dan keluarga kepada orang lain. Dengan menyebut dan mengingati kebaikan kita,bimbang akan menimbulkan penyakit hati iaitu ujub. ALLAH SWT telah memberi amaran sesiapa yang bersifat riyak tidak akan mencium bau syurga. Jadi kita harus ingat pada ALLAH SWT yang mengurniakan kebaikan kepada kita. Segalanya milik ALLAH SWT.

5.Jangan sebut-sebut dan Nampak-nampakkan keaiban atau keburukan diri orang lain.

Kadang-kadang kita sering melihat keaiban orang lain daripada melihat keaiban diri sendiri. Kita seharusnya melihat kekurangan diri kita dan memperbaikinya.Lihatlah kebaikan yang ada pada orang lain dan bukannya melihat keburukan yang ada pada mereka. Sentiasalah bersangka baik dan muhasabah diri.

Sharing is caring!



Leave a Reply


SIGN INTO YOUR ACCOUNT CREATE NEW ACCOUNT

Your privacy is important to us and we will never rent or sell your information.

×
CREATE ACCOUNT ALREADY HAVE AN ACCOUNT?

 
×
FORGOT YOUR DETAILS?
×

Go up