“ Mana- mana perempuan yang berkahwin tanpa kebenaran walinya, nikahnya adalah batal. Nabi mengulanginya sebanyak tiga kali. Jika berlaku persetubuhan, baginya mahar misil sebagai balasan menghalalkan farajnya. Jika mereka berselisih faham, sultan menjadi wali bagi sesiapa yang tidak ada wali.”

Riwayat Abu Daud, bab mengenai wali, no. 2083;

Ibn Majah bab Tiada Pernikahan Tanpa Wali, no. 1881;

Tirmizi bab Pernikahan Tanpa Wali, no. 1102 daripada Aisyah

 

Seseorang perempuan yang berkahwin tanpa wali, nikahnya dikira batal. Dan jika berlaku persetubuhan selepas perkahwinan, kedua-dua pasangan wajib dipisahkan kerana akad yang terbatal. Perempuan berhak, iaitu wajib mendapat mahar misil sama ada disebut dalam akad ataupun tidak.

Pasangan yang bersetubh hasil pernikahan tanpa wali tidak dikenakan hukuman hudud kesalahan zina kerana adanya syubhah. Syubhah tersebut ialah ulama berselisih pendapat tentang kesahihan nikah tanpa keizinan wali. Hukum hudud digantung perlaksanaannya ketika ada syubhah. Walau bagaimanapun mereka dikenakan hukuman ta’zir. Ia adalah hukuman yang tidak termasuk dalam hukum hudud.

Sharing is caring!



Leave a Reply


SIGN INTO YOUR ACCOUNT CREATE NEW ACCOUNT

Your privacy is important to us and we will never rent or sell your information.

×
CREATE ACCOUNT ALREADY HAVE AN ACCOUNT?

 
×
FORGOT YOUR DETAILS?
×

Go up