Tajuk Buku : Erdogan Bukan Pejuang Islam?

Harga      : Rm 15.00

Penulis    : Ahmad Azam Ab Rahman, Najmuddin Mohd Nawi, Muhammad Suhail Ahmad.

Terbitan   : PTS

Jumlah m/s : 170 m/s

As salam disini admin ada nak review satu buku. Admin rasa anda patut dan mesti baca buku tersebut, tajuk dia adalah ‘ ERDOGAN BUKAN PEJUANG ISLAM ? ‘ . Sebenarnya admin memang minat dengan erdogan ni sebab beliau  seorang  pemerintah yang berani , tegas dan bersuara lantang bagi membela nasib pelarian Negara-negara islam lain. Contohnya krisis di palestin erdogan mengutuk keras tindakan yang dilakukan oleh rejim zionis keatas penduduk palestin. Selain itu erdogan juga membantu pelarian dari rohingya  dan lain-lain lagi.

Nak dijadikan cerita suatu hari tu admin teman adik admin beli buku di smobook store,  tengah mencari  buku tu admin  terpandang satu buku ni (macam kenal je orang ni ) lepas tu tengok betul- betul rupanya Erdogan tapi ada satu yang membuatkan andmin rasa tertarik pada buku tersebut . Sebab tajuk dia yang sangat menarik iaitu ( Erdogan bukan pejuang islam ? ) admin mula berfikir bukan ke Erdogan ni  banyak bantu orang islam kat luar sana. Jadi admin pun beli buku tersebut  sebab nak tahu siapa sebenarnya erdogan ni.

Eh! Lupa pulak nak kenalkan siapa Erdogan ni, nama sebenar  beliau adalah Recep Tayyip Erdogan dan merupakan seorang Presiden turki. Rasa  tak sabar-sabar nak baca buku ni sebab nak tahu siapa sebenarnya Erdogan ni , orang jahat ke baik dia ni. Macam – macam ada dalam fikiran ni rasa sedih pun ada yelah takut – takut memang betul Erdogan ni orang yang tidak baik.

Admin mula membaca buku tersebut dengan penuh rasa penasaran. Setiap helaian dibaca dengan penuh khusyuk sebab nak tahu sangat siapa erdogan ni sebenarnya. Akhir nya admin habis jugak baca buku ni jadi segala tanda Tanya siapakah erdogan terjawab satu persatu dan admin jugak mendapat pelbagai maklumat yang baru tentang apa yang erdogan perjuangkan. Jadi pembaca semua jika nak tahu siapa dan apa yang diperjuangkan oleh erdogan ni sila beli buku ‘ERDOGAN BUKAN PEJUANG ISLAM ? ‘ untuk kenal siapa itu Recep Tayyip Erdogan.

Admin sangat suka dengan buku ini kerana bahasa dan cara penyampaian adalah yang terbaik diantara buku-buku yang admin pernah baca. Di dalam buku ini juga ada menceritakan berlakunya peristiwa perampasan kuasa oleh pihak tentera ke atas tampok pimpinan Erdogan. Antara bab yang paling admin suka dalam buku ini adalah bab empat ( Mengapa Kudeta ), bab ini menceritakan tentang kronologi cubaan rampasan kuasa pada 15 – 16 julai 2016 keatas tampok pimpinan Erdogan. Bab empat adalah bab  yang paling admin suka baca.

Kenapa admin nak sangat anda baca buku ini kerana ada lima sebab.

  1. Tajuk buku yang menimbulkan tanda Tanya .
  2. Supaya anda lebih mengenal siapa itu Erdogan yang sebenarnya.
  3. Supaya anda mengatahui keadaan apakah yang melanda umat islam hari ini.
  4. Siapakah Fethullah Gulen atau dikenali sebagai Hocaefendi.
  5. Apakah gerakan Gulen

 

 

 

20/2/2017

10.43 Pm

Bilal

Sharing is caring!



Leave a Reply


SIGN INTO YOUR ACCOUNT CREATE NEW ACCOUNT

Your privacy is important to us and we will never rent or sell your information.

×
CREATE ACCOUNT ALREADY HAVE AN ACCOUNT?

 
×
FORGOT YOUR DETAILS?
×

Go up