Kunyit merupakan sejenis tumbuhan yang sering diguna dalam masakan. Sungguh pun begitu ia juga diguna secara meluas dalam bidang kecantikan. Tak hairanlah tumbuhan ini telah dinaik taraf ke dalam bentuk kapsul, serbuk, pil dan bentuk- bentuk yang lain.

Tumbuhan ini tergolong dalam kelompok Zingiberanceae dan mempunyai empat jenis warna: putih, merah, hitam, kuning. Juga dikenali sebagai curcuma domestica.

Yang menjadikan kunyit hebat adalah kandungan kurkumin, desmetoksikumin dan bisdesmetoksikurkumin dan zat- zat lainnya yang bagus untuk kesihatan,ketampanan dan kecantikan.

Di sini saya nak berikan beberapa tip berguna, berasas kunyit. Sesuai untuk mereka yang bakal bergelar raja sehari atau mereka yang mahu tampil cantik, hensem dan berkeyakinan.

1-Kulit Kusam/ Berjerawat/ Tone Kulit Tidak Sekata.

Nak kulit berseri, putih dan licin bak porselin Cina. Ini adalah tip paling mudah bagi yang kesuntukan masa.

Tips ini, saya dapat sewaktu ke sebuah kedai menjual rempah Arab. Terlopong saya melihat kulit seorang gadis Melayu. Kulitnya sangat cantik tanpa olesan mekap atau palitan gincu. Saya bertanya adakah dia benar-benar tidak mengenakan sebarang alat solek. Dan dia menjawab ‘ya’. Hampir tak percaya saya dibuatnya.

Risik punya risik, dia beritahu yang ayahnya akan sediakan ramuan di bawah untuk anak-anak gadisnya. Inilah resepi yang bakal merubah hari bahagia anda. Insya Allah.

-Satu sudu kecil serbuk kunyit

-Segenggam beras

Cara Penyediaan

-Ambil beras dan sangai sampai perang. Jangan lupa masukkan sesudu kecil serbuk kunyit.

-Kemudian kisar hancur, tetapi jangan lumat.

-Setiap kali hendak mandi, ambil sedikit beras kunyit dan dicampur dengan pembersih muka yang anda biasa guna. Setelah campuran merata di atas tapak tangan, bolehlah mula membersihkan muka seperti biasa. Amalkan sekali sehari.

-Gosoklah dengan lembut, mengelak kulit wajah tercalar. Beri penekanan di bahagian sekitar bibir, tepi hidung,  lekuk di bawah bibir dan dahi.

Skrub beras kunyit ini bertujuan menanggalkan sel kulit mati, sekaligus sebagai antibakteria. Ia juga membantu merawat noda parut dan membekal zat yang diperlukan. Oh! Sesuai juga diguna bersama gel mandian sebagai skrub badan. Atau dicampur minyak botani untuk lulur. Kalau tak ada minyak botani, minyak kelapa sawit pun boleh.

2- Masker Kunyit Yang Osem!

Lebih mantap jika seminggu dua kali amalkan masker kunyit  homemade. Sangat mudah, tinggal mahu ataupun tidak. Ini langkah-langkah dan bahan-bahan yang diperlukan.

Serbuk Kunyit

Putih Telur

Madu

Sukatan terpulang kepada anda. Bagi yang kurang senang dengan putih telur, boleh lebihkan madu dan begitulah sebaliknya. Pakai sahaja sebuk kunyit yang terjual di pasaran. Kandungan tepung beras di dalam serbuk kunyit yang dibeli memudahkan anda. Bermakna tak perlu ditambah sebarang tepung mahupun bahan lain melainkan yang tertulis di atas. Putih telur sangat bagus untuk menanggalkan bintik hitam dan putih. Selalunya saya lebihkan putih telur berbanding madu. Adakala saya samakan sukatan antara madu dan putih telur. Kadang-kadang saya tambah perahan limau nipis bila jerawat naik mendadak. Sebenarnya, madu dan kunyit sudah memadai untuk mengecutkan dan mematikan kuman jerawat.

Bila masker benar-benar kering. Basahkan dan lembabkan wajah dengan air suam. Kemudian, usap  lembut secara memutar hingga tertanggal kesemua masker. Kemudian bilas sekali lagi hingga bersih. Bagi yang takutkan kesan kuning, bolehlah mencuci muka dengan pembersih muka. Terakhir, jangan dilupa penyegar dan pelembab.

Selamat mencuba. Moga anda tampil berkeyakinan di hari bahagia.

 

Sharing is caring!



Leave a Reply


SIGN INTO YOUR ACCOUNT CREATE NEW ACCOUNT

Your privacy is important to us and we will never rent or sell your information.

×
CREATE ACCOUNT ALREADY HAVE AN ACCOUNT?

 
×
FORGOT YOUR DETAILS?
×

Go up