Menurut Imam al – Ghazali, sabar dalam mentaati Allah itu terbahagi kepada tiga; yakni sabar ketika hendak memulakanya, semasa

1. SABAR SEBELUM MEMULAKAN KETAATAN
Kita mampu menahan daripada godaan niat – niat yang lain kecuali demi mendapatkan keredhaan Allah. Jangan sekali – kali mengharap pujian, pengiktirafan dan penghargaan daripada manusia. Dengan kesabaran, kita mampu menangkis sifat riyak atau syirik kecil sebelum melakukan suatu ibadah.

2. SABAR SEMASA MELAKUKAN KETAATAN SABAR
Menahan diri daripada segala kesusahan yang terjadi semasa kita melakukannya. Umpamanya apabila menutup aurat, tentulah ada sedikit rasa panas, tidak selesa ( buat pertama kalinya), disindir orang dan sebagainya. Namun kita terus istiqamah untuk melakukannya walau betapa sukar sekalipun fizikal, emosi dan hati kita menanggungnya.

3. SABAR SELEPAS MELAKUKAN IBADAH
Menahan diri daripada bersifat riyak ( menunjuk – nunjuk ), sum’ah
( suka mendengar pujian ) dan ujub ( berasa hairan dengan kemampuan diri ). Menurut Imam al-Ghazali, sabar di peringkat inilah yang paling sukar. Ini adalah godaan yang menimpa hati. Jika tauhid tidak dihayati, maka dengan mudah sahaja syaitan menipu lalu terhapuslah segala kebaikan yang dibina.
dan selepas mengerjakannya.

Sharing is caring!



Leave a Reply


SIGN INTO YOUR ACCOUNT CREATE NEW ACCOUNT

Your privacy is important to us and we will never rent or sell your information.

×
CREATE ACCOUNT ALREADY HAVE AN ACCOUNT?

 
×
FORGOT YOUR DETAILS?
×

Go up