Sotong sebagai dessert?

Ramai yang sangsi. Malah menggaru-garu kepala yang tak gatal. Cuba menghadam. Mungkin ini adalah perkara pelik di antara perkara pelik yang pernah terjadi.

Sungguh! Saya tak tipu. Kalau ke Pantai Timur, Kelantan dan Terengganu kita akan temui ketupat sotong. Jangan bayangkan yang bukan-bukan. Malah jangan cuba membayangkan kombinasi aneh makanan laut yang diyakini hanyir untuk dijadikan pencuci mulut.

Di sini saya hanya akan bercerita mengenai makanan-makanan yang masuk senarai wajib cuba. Ketupat sotong juga termasuk daftar wajib cuba.

Seperti sedia maklum pencuci mulut adalah sajian yang disajikan diakhir courses dalam suatu set menu.  Gunanya untuk menghilangkan kesan rasa hidangan yang terdahulu dan menutup babak penyajian makanan. Sajian dessert sering dinamakan The final course atau The last course dan berasa manis atau disebut sweet. Hidangan penutup (dessert) adalah hidangan yang disajikan setelah hidangan utama (main course).

Biasanya terdapat dalam dua versi. Pertama versi Terengganu. Dimasak dengan halba, bawang merah dan halia yang dimayang halus. Manakala versi Kelantan lebih kental kuahnya dan menggunakan manisan (nisan). Hasinya kuah gelap berbanding ketupat sotong Terengganu yang berkuah putih.

Persamaan kedua-duanya adalah menggunakan beras pulut dan santan. Saya lebih memilih versi Kelantan. Manis, pekat, dan harum (bau seperti sotong karemal)

Bagi yang gemarkan versi berkuah, pilihlah versi Terengganu. Versi ini tak kalah dengan versi dari Kelantan. Bak kata orang, tekak masing-masing. Pilih sajalah yang mana tekak suka.  Di bawah, saya lampirkan pautan web yang ketupat sotongnya memang dah saya cuba. Terbukti lidah berdansa ketika ketupat sotong ini disantap.

VERSI KELANTAN http://hafizrazeliza.blogspot.my/2013/05/resepi-ketupat-sotong-cek-mek.html

VERSI TERENGGANU http://resepibonda.com/resepi-ketupat-sotong-terengganu/

Sharing is caring!



Leave a Reply


SIGN INTO YOUR ACCOUNT CREATE NEW ACCOUNT

Your privacy is important to us and we will never rent or sell your information.

×
CREATE ACCOUNT ALREADY HAVE AN ACCOUNT?

 
×
FORGOT YOUR DETAILS?
×

Go up