Wah…Wah… Bukan main lagi bila cerita bab kahwin. Sudah tahu atau belum? hukum berkahwin bagi lelaki terbahagi kepada lima dan hanya tertentu kepada kaum lelaki sahaja.

1-Wajib Berkahwin

Jika seseorang lelaki itu mempunyai keupayaan dari segi kewangan untuk membayar mahar (mas kahwin).

Selain mampu menyediakan nafkah isteri lahir dan batin. Dan tidak berniat untuk menganiaya isteri sendiri.

Lelaki itu juga yakin akan terdorong melakukan maksiat iaitu zina akibat runtunan nafsu yang kuat jika tidak berkahwin.

2-Sunat Berkahwin

Seseorang yang mampu, tetapi aman dirinya daripada terjatuh ke lembah maksiat. Ini adalah hukum asal perkahwinan.

3-Harus Berkahwin

Bagi seseorang yang yakin tidak akan melakukan zina jika tidak berkahwin serta mampu.

4-Makruh Berkahwin

Seseorang yang bimbang akan menzalimi isterinya jika berkahwin.

Selain itu, dia mempunyai kelemahan fizikal atau tidak mampu memberikan nafkah batin kepada isterinya, walaupun dari segi kewangan dia mampu. Makruh juga berkahwin sewaktu Negara sedang menghadapi peperangan.

5-Haram Berkahwin

Bagi mereka yang tidak dapat menunaikan kewajipan-kewajipan terhadap isterinya lahir dan batin. Malah mempuyai keyakinan akan menganiaya isterinya.

Alhamdullilah, dapat juga kita berkongsi ilmu yang ada.

Sharing is caring!



Leave a Reply


SIGN INTO YOUR ACCOUNT CREATE NEW ACCOUNT

Your privacy is important to us and we will never rent or sell your information.

×
CREATE ACCOUNT ALREADY HAVE AN ACCOUNT?

 
×
FORGOT YOUR DETAILS?
×

Go up