Jangan silap memahami bahawa rasa rendah diri itu sebagai penyakit inferiority complex yang rasa terancam, bimbang dan rasa hina atas kemampuan dan kebolehan diri. Demikian itu bukan sifat orang beriman bahkan islam sangat melarang umatnya bersifat demikian.

 

Firman Allah yang bermaksud: Jangan kamu merasa lemah dan berdukacita, sebaliknya kamulah orang yang tinggi jika kamu beriman.”

( surah Ali ‘Imran 3: 139 )

 

Umat islam ialah umat yang mempunyai keyakinan diri yang tinggi. Apa itu keyakinan diri? Keyakinan diri ialah pandangan diri terhadap diri sendiri tentang kemampuannya untuk berjaya dan cemerlang dalam hidup di dunia dan akhirat. Sesungguhnya, pandangan diri anda terhadap diri sendiri adalah lebih penting berbanding pandangan orang lain terhadap anda.

Keyakinan diri itu sangat sinonim dengan harga diri. Kayakinan ialah perasaan stabil dan serasi dengan diri sendiri yang menyebabkan kita rasa layak, mampu dan yakin untuk mencapai kejayaan. Tanpa keyakinan diri, ilmu yang tinggi, harta yang banyak, rupa yang cantik dan apa jua kelebihan pun tidak akan menyumbang kepada kejayaan.

Sharing is caring!



Leave a Reply


SIGN INTO YOUR ACCOUNT CREATE NEW ACCOUNT

Your privacy is important to us and we will never rent or sell your information.

×
CREATE ACCOUNT ALREADY HAVE AN ACCOUNT?

 
×
FORGOT YOUR DETAILS?
×

Go up